30 September, 2011

buah naga

MANUAL RINGKAS CARA PENANAMAN DAN PENJAGAAN BUAH NAGA

Pengenalan

Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum
diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini
sangat kecil berbanding dengan tanaman  lain seperti tanaman komoditi yang
sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian,
penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana
buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain.  Buah naga berasal dari
negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa
ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran
setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar
dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.
 

Pokok buah naga yang sihat dan mengeluarkan hasil.

Kebaikan Penanaman Buah Naga

1.  Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.

2.  Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.

3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.

4.  Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.

5.  Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.

6.  Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).

7.  Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air
besar..

Keseluruhannya, buah ini baik untuk kesihatan dan keperluan harian. Ini telah dibuktikan
melalui analisis pemakanan yang dilakukan oleh “Taiwan Food Industry Develop &
Research Authorities”.



(Facts Supply by Taiwan Food Industry  Develop & Research Authorities, report code "85-2537")

AGRONOMI TANAMAN

Varieti

Buah naga atau nama saintifiknya  hylocereus undatus tergolong dalam keluarga
Cactaceae atau kaktus. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih (Hylocereus
undatus),  varieti merah  (Hylocereus polyrhizus),  dan varieti kuning  (Hylocereus
megalanthus),  namun begitu hanya dua varieti yang  sesuai ditanam di Malaysia iaitu
varieti putih dan merah. Varieti ini mempunyai sifat tanaman yang berlainan antara satu
sama lain. Varieti putih mempunyai batang  bewarna hijau putih, bahu yang tinggi dan
kasar berbanding dengan varieti merah. Tanaman buah naga termasuk dalam kumpulan
jenis kaktus yang mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran
yang baik. 

Tanah
Sesuai dengan tanah berpasir dan tanah loam berpasir yang kaya dengan bahan organik,
dan tanah mestilah mempunyai saliran semulajadi yang efisien. 

Sifat tanaman dan penanaman

Buah naga mempunyai sifat fisiologi ‘long  day plant’. Ini bermakna tanaman ini
memerlukan tempoh cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Tumbuhan ini
hidup secara menjalar dan memerlukan sokongan untuk tumbuh. Oleh itu ia perlukan
para untuk menyokong batangnya yang lembut. Para berfungsi bagi memudahkan batang
dan dahannya memanjat dan menjalar. Jenis jarak tanaman yang akan di lakukan adalah
8’ X 10’ yang akan memuatkan 500 batang tiang pada keluasan seekar. Setiap batang
tiang konkrit akan ditanam dengan empat batang pokok buah naga ini. Ini bermakna 2000
batang pokok diperlukan pada keluasan seekar. 



Tiang sokongan konkrit

Bahan tanaman

Pokok buah naga boleh dibiak dengan semaian biji atau keratan batang. Penanaman
melalui keratan batang lebih baik kerana bahan tanaman mudah di peroleh dan pokok
membesar dengan cepat. Keratan benih tersebut dikeringkan di tempat yang sesuai dan di
tanam ke dalam polibag. Keratan boleh juga terus ditanam di ladang sekiranya tapak dan
tiang para sudah disediakan. Pokok yang telah ditanam akan menjalar ke atas mengikut
tiang. Pokok yang telah ditanam  hendaklah diikat pada tiang supaya ia tidak mudah
terkulai dan patah. Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para
sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia  tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem)
yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar